Isnin, 14 September 2009

NUT International Graduate Course for Continuing Professional Development‏

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua ahli ex-Madina di Malaysia mahupun ahli-ahli Madina di Nagaoka University of Technology.
Bagaimana dengan sambutan Ramadhan di Jepun dan Persiapan Menyambut Aidilfitri..Pasti diserikan dengan Jamuan Hari Raya di Secom Hall..
Untuk rakan-rakan yang ingin melanjutkan pengajian semula ke Jepun bagi program MASTER dan DOKTOR(PhD), sila layari website address di lampiran ini.
Salam dan Selamat Maju Jaya. ideous : Arbaain B.J(NUT 96Y &01Y)

Fund information for International Graduate Course for Continuing Professional Development. Master Degree http://www.nagaokaut.ac.jp/e/admission/index.htmlDr Degree http://www.nagaokaut.ac.jp/e/admission/doctor.html

information from NUT,14 Sept 2009 through Dr.Kimura Tetsuya

Rabu, 8 April 2009

JOM Ke Mesyuarat Agung dan Makan Malam ALEPS 2009

Assalamu'alaikum wbt

Bagi pihak Exco ALEPS sesi 2008/2010, saya dengan sukacitanya menjemput seluruhwarga ALEPS tidak kira di mana anda berada, untuk menghadiri Mesyuarat Agung dan Makan Malam ALEPS untuk tahun 2009.

Butiran adalah seperti berikut :-
Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg - 10.30 mlm
Tempat : Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, Selangor

Tarikh akhir untuk mengesahkan kehadiran masing-masing ialah pada 25 April 2009.
Pengesahan boleh dibuat melalui cara-cara berikut :
1) mengisi borang yang disediakan (setelah isi, faxkan ke Pej ALEPS 03-...);
2) melalui email aleps05@streamyx.com atau johorean8974@yahoo.com;
3) menelefon Pej ALEPS 03-9172 4010 ATAU 4) sms ke talian 019-673 2037

Mohon bantuan untuk mewar-warkan kepada rakan-rakan yang lain.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah

KARTINI AHMAD
Setiausaha Eksekutif ALEPS

Isnin, 5 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009



SELAMAT TAHUN BARU 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM MAAL HIJRAH 1430

HAPPY NEW YEAR 2009

AKEMASHITE OMEDETOU GOZAIMASU . HONNEN MO YOROSHIKU ONEGAISHIMASU.

Saya mendoakan semoga semua yang mengenali saya sihat sejahtera dan berjaya di dalam segala bidang yang di ceburi dan juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

Selasa, 9 Disember 2008

MAJLIS RAMAH MESRA WARGA ALEPS & SAMBUTAN AIDILADHA

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Eiduladha buat semua.
Dengan ini dimaklumkan, ALEPS akan mengadakan majlis MAJLIS RAMAH MESRA WARGA ALEPS spt berikut:-
Tarikh : 13 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 1.30 ptg hingga 4.00 ptg
Tempat : Dewan MBSA, Jalan Pinang Siri 18/3, Seksyen 18, Shah Alam
Menu : Hidangan Hari Raya
Tiada sebarang yuran dikenakan kerana majlis ini diadakan khusus untuk berkenal2an serta merapatkan silaturrahim di kalangan warga ALEPS dan meraikan warga ALEPS yang selama ini telah setia bersama-sama dengan ALEPS dengan memberikan sokongan yang padu kepada sebarang aktiviti yang dianjurkan. Boleh bawa spouse dan anak2 sekali.
Harap sahkan kehadiran kepada Pej ALEPS di talian 03-9172- 4010 atau sms kpd 019-673 2037.
Terima kasih.

Pejabat ALEPS> > p/s Tlg war2kan kpd rakan2 ALEPS yg lain.

Khamis, 4 Disember 2008

LAWATAN MUHIBBAH UiTM,PERLIS KE NAGAOKA


December 2008, ALEPS-UiTM dengan kerjasama Alumni MADINA , En.Isrami dan En.Arbaain telah berjaya menganjurkan program Lawatan Muhibbah bermula dari 27 November sehingga 1 December bersama Nagaoka City dan NUT serta pelajar-pelajar Malaysia di NUT.ALEPS di ketuai oleh Presiden, En Zaba Youn mengiringi rombongan UiTM, Perlis ke Nagaoka.TERIMA KASIH NAGAOKA & NUT dan SELURUH PIHAK YANG TELAH MENJAYAKANNYA.


平成20年11月27日(木)から12月1日(月)の期間で、本学の学術交流協定大学のマレーシア工科大学のサバルジン・モハマド副学長他30名の学生等が長岡市を訪問し、長岡市交流協会の支援により、市内のホストファミリーの家庭に滞在し、市民との交流を行いました。また、28日(金)に本学と長岡工業高等専門学校の施設見学等を行い、30日(日)には本学セコムホールにおいて、大学・高等専門学校・長岡市国際交流協会・ホストファミリーの関係者との懇談会を行いました。 来学者、受け入れ関係機関及び市民の方々も本交流を共同で実施したことにより、今後長岡市民との合同による国際交流の推進が一層活性化して行くことが期待されます。(artikel Homepage dari NUT:http://www.nagaokaut.ac.jp/j/news/081203_1.html)

Isnin, 24 November 2008

2009 NUT OFFER FOR MASTER AND Ph.D COURSE


PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DAN KEMBALI SEMULA KE NAGAOKA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY.
Kepada semua rakan-rakan Alumni MADINA yang dikasihi, untuk makluman pihak NUT ada menawarkan peluang belajar kembali ke peringkat Master dan Doktor.
Sila rujuk http://www.nagaokaut.ac.jp/e/admission/index.html dan pihak university for Division of International Affairs. email: ryugaku@jcom.nagaokaut.ac.jp
Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Khamis, 13 November 2008

Malaysian Japanese International Institute of Technology

Mara terajui Malaysian Japanese International Institute of Technology
Oleh Khairina Yasinkayrina@bharian.com.my
MARA bersedia memikul tanggungjawab menyegerakan penubuhan Malaysian Japanese International Institute of Technology (MJIUT) selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) mengambil alih peranan itu daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Ketua Pengarahnya, Datuk Nam Marthinin, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan MeCD merealisasikan penubuhan itu, satu Jawatankuasa Teknikal MJIUT ditubuhkan, dipengerusikan beliau sendiri yang kini dalam proses menyediakan nota kabinet berkaitan penubuhan institusi berkenaan untuk dibentangkan pada mesyuarat pertengahan bulan ini. Selepas pembentangan itu katanya, satu pertemuan akan menyusul antara Jawatankuasa Teknikal dengan Konsortium Universiti Jepun pada 29 November ini di Jepun bagi membincangkan secara terperinci berkaitan penubuhan universiti itu.
Universiti hasil idea bekas Perdana Menteri kedua-dua negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Junichiro Koizumi itu amat bermakna bagi Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam bidang teknologi, selain menonjolkan negara ini sebagai pusat pembelajaran teknikal dan pembangunan kejuruteraan terkemuka di rantau ini. “Perbincangan merangkumi aspek berkaitan konsep universiti, program akademik, kurikulum, peruntukan, kemudahan infrastruktur, tenaga pengajar dan kaedah pedagogi. “Pada dasarnya, semua aspek itu sudah ada termasuk kurikulum yang dibangunkan Pusat Universiti Malaysia-Jepun (MJUC), cuma kita memerlukan persetujuan kedua pihak dalam perkara itu,” katanya kepada Berita Harian.
Sekiranya persetujuan dan kelulusan kedua pihak berjaya dicapai, Nam berkata, MJIUT akan mula beroperasi pada Julai tahun depan dengan sasaran pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 100 orang. Katanya, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Beranang akan dijadikan kampus sementara sebelum keputusan pembinaan kampus tetap ditentukan Jawatankuasa Teknikal MJIUT. Beliau yang enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai lokasi dan kos pembinaan kampus tetap MJIUT bagaimanapun mengakui perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal. “Sebagai permulaan, MJIUT akan menawarkan program peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, dan antara pengkhususan yang dikenal pasti adalah kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekatronik dan kejuruteraan mekanikal.
“Pengambilan terbuka kepada pelajar tempatan dan antarabangsa, terutama dari negara anggota Asean yang berhasrat melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang berkenaan,” katanya. Sambil menyatakan keyakinan terhadap keupayaan Mara menubuhkan universiti itu, Nam berkata, pengalaman agensi itu dalam penubuhan institusi pengajian tinggi terbukti menerusi kejayaan menubuhkan Universiti Kuala Lumpur dan institusi pendidikan Mara (IPMa). Berdasarkan keyakinan itu, katanya, Mara yakin mampu merealisasikan penubuhan MJIUT menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk Yayasan Pelajaran Mara yang turut dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Teknikal MJIUT berdasarkan pengalaman yayasan itu menjalinkan kerjasama pendidikan dengan universiti Jepun menerusi projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi.
Cetak artikel Hantar pada kawa