Khamis, 23 Oktober 2008

Perjumpaan Kali Ke 3..MADINA..Di KL Sentral

第3回長岡技術科学大学マレーシア留学生同窓会
Kehangatan persahabatan antara bekas-bekas pelajar NUT disatukan kembali pada 11 November 2007, bertempat di Semasa Symphony Hall, KL Sentral bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam, seramai 40 orang bekas graduan, 8 orang professor dan 2 orang staff dari pejabat Ryugakusei Center,NUT serta 6 orang pelatih Jitsumukunren telah menyertai program kali ini. Perjumpaan Kali ke 3 ini adalah kesenambungan pada perjumpaan tahun 2005 dan telah dirasmikan oleh Professor Mutoh sebagai mewakili pihak Nagaoka Universiti. Persediaan untuk perjumpaan kali ini diusahakan bersama oleh Saudara Arba’ain dan Saudara Isrami dengan pihak Nagaoka Foreign Student Center, En. Saitoh. Semasa ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Sdr. Arbaain, merangkap Pengerusi Majlis pada malam itu menyuarakan agar perjumpaan ini dapat diadakan setiap tahun dan berharap perbelanjaan kos boleh di biayai oleh pihak NUT. Beliau juga menekankan agar hubungan persahabatan sesama ahli graduan MADINA terjalin dengan lebih akrab dan harmoni. Wakil NUT, Professor Mutoh dan Professor Shirakashi mengucapkan “Syabas dan TAHNIAH” pada organisasi MADINA dan semua ahli graduan MADINA yang dapat menghadirkan diri serta berharap program ini diteruskan. Pihak NUT juga berjanji akan membantu dari segi kewangan pada masa akan datang. Pihak NUT juga menyarankan agar MEIBO graduan MADINA di kemaskinikan serta di laporkan pada pejabat Ryugakusei Center. Pada ucapan penutup, Saudara Amizan Sempai telah memberi ucapan Selamat maju Jaya kepada semua ahli-ahli MADINA dan berharap pihak NUT akan terus membantu program sebegini. Nukilan. alumniMadina.

Tiada ulasan: