Selasa, 21 Oktober 2008

MADINA..Melakar Sejarah NUT

1st Alumni of Nagaoka Students, Concorde Hotel,Shah Alam.
Program pendidikan kerajaan melalui Dasar Pandang ke Timur dan pelajar tajaannya ke universiti Nagaoka Japan mencatat sejarah apabila pada 13 Disember 2004, bertempat di Concorde Hotel, Seksyen 9, Shah Alam mencatat lebaran sejarah baru bagi pelajar-pelajar Malaysia di Nagaoka, Jepun dan seluruh bekas pelajar universiti ini di serata tempat seluruh Malaysia dimana majlis perasmian “1st Alumni of Nagaoka Students” telah dilangsungkan. Majlis itu telah dirasmikan oleh presiden universiti Nagaoka (Professor Kojima Yo), dan dihadiri oleh bekas presiden (Professor Hattori Masanori) serta empat orang professor dari universiti Nagaoka.Seramai 32 orang bekas pelajar telah menghadirkan diri dimana terdiri daripada kemasukan universiti tahun 1988 sehingga kemasukan 2004. Sehingga penghujung tahun 2004 dianggarkan seramai 180 orang pelajar di bawah berbagai program Dasar Pandang ke Timur (Look East Policy )yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlangnya di universiti Nagaoka dalam peringkat ijazah, master dan doktor. Kebanyakkan pelajar lulusan universiti ini menceburkan diri di dalam pelbagai bidang pekerjaan di sektor swasta, kerajaan mahupun pendidikan.
Persatuan Pelajar Malaysia di Nagaoka atau lebih dikenali MADINA (Malaysians Di Nagaoka) adalah kesinambungan dari impian bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian dan ditubuhkan pada ambang 2000 dimana jumlah pelajar Malaysia yang semakin ramai di Nagaoka dikala itu membuahkan hasrat pelajar-pelajar di sana untuk menubuhkannya. Dengan terhasilnya laman web senarai nama pelajar, dan organisasi pengurusan, MADINA telah menghasilkan satu persatuan pelajar yang dinamik dan aktif di Nagaoka dan dikenali oleh seluruh pelajar malaysia di seluruh rantau bumi matahari terbit mahupun dari pihak kedutaan Malaysia, Jepun.
Penglibatan MADINA bukan hanya terbatas untuk kebajikan ahli-ahlinya sahaja, malahan melibatkan aktiviti kemasyarakatan, sosial dan antarabangsa dimana mewakili negara dalam pesta-pesta kebudayaan, masakan dan sukan di sekitar bandar nagaoka. Dengan adanya persatuan ini juga memudahkan pihak pegawai kedutaan Malaysia di Jepun untuk memantau setiap perkembangan kehidupan dan pengajian pelajar di universiti nagaoka. Keberkesanan dari penglibatan pelajar yang positif kearah kemajuan pendidikan menyebabkan universiti Nagaoka menjadi pilihan utama pemilihan kemasukan pelajar Malaysia ke universiti di Jepun, setelah mereka berjaya menamatkan pengajian diploma di kolej (Kosen) mahupun institusi pendidikan sekitar pulau Jepun.
Program alumni yang pertama ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak diantaranya Japan Foreign Students Center, Nagaoka dan pertubuhan AOTS (Alumni of Trainning Scholarship) Malaysia. Keperihatinan dan kerjasama berpasukan dan persahabatan bagi bekas pelajar lulusan universiti Nagaoka dalam menjayakan aktiviti ini amat dibanggakan dimana mereka saling mencari dan menghubungi diantara sesama mereka yang telah terpisah sekian lama sebelum terlaksananya program ini. Difahamkan ada diantara pelajar yang hadir datangnya dari negeri Pulau Pinang dan Melaka mahupun Kelantan hanya semata-mata ingin menghadirkan diri dan bertemu sesama rakan dalam program yang julung-julung kali ini diadakan. Semangat “Sempai dan Kohai” dari pelajar senior dan junior yang hadir juga memantapkan program ini dan menyerikan suasana majlis yang dihadiri dari berbagai peringkat usia, bidang pekerjaan dan keluarga masing-masing.
Program ini telah mendapat maklum balas yang positif dan menggalakkan dari pihak universiti dan mereka berharap agar aktiviti ini akan berterusan dari masa kesemasa dalam erti persahabatan antara sesama pelajar mahupun pelajar dan universiti Nagaoka. 1st Alumni of Nagaoka Students” juga mencatat sejarah sebagai persatuan pelajar antarabangsa Nagaoka universiti yang pertama menganjurkan program di luar negara Jepun. Menurut ucapan presiden, dengan termenterainya perjanjian persefahaman MOU pendidikan antara universiti Nagaoka, Jepun dan universiti Malaya, Malaysia dan program master internship (MARA, Bangi) bekas pelajar lulusan Nagaoka universiti seharusnya mengambil lebih inisiatif untuk merapatkan hubungan sesama pelajar dan pensyarah dari universiti Nagaoka yang akan sering berkunjung ke Malaysia.
Ambang sejarah Disember, 2003 mengukir senyuman buat MADINA dan diharapkan dengan perasmian program Alumni ini , sokongan padu dari pihak universiti Nagaoka dan keseluruhan bekas pelajar di Malaysia dan pelajar di Jepun akan dapat bekerjasama sesama kita dalam menuju era kemajuan diri, dasar pendidikan pandang ke timur dan negara Malaysia umumnya.

Tiada ulasan: