Selasa, 21 Oktober 2008

Perjumpaan Kali Ke 2..MADINA..


PERJUMPAAN ALUMNI MADINA KE- 2 SESI 2005 DI KUALA LUMPUR

Setelah menanti hampir 2 tahun dengan perancangan yang teliti dan semangat setia kawan rakan seperjuangan baik perseorangan mahu pun kerjasama dari pihak universiti dan professor dari jepun, akhirnya pada 6hb Ogos 2005 , hari sabtu malam bertempat di Teater Restoran Saloma, MTC Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah berlangsungnya perjumpaan alumni dan jamuan makan malam diantara bekas-bekas pelajar lulusan Nagaoka universiti dan professor dari universiti Nagaoka, Japan. Perjumpaan ini adalah kesenambungan daripada perjumpaan alumni yang pertama pada 13 Disember 2003.Pada malam tersebut seramai 35 orang bekas pelajar,8 orang staff dan 6 orang pelajar jepun dari universiti Nagaoka telah bersama-sama menjayakan aktiviti makan malam ini. Profesor Ishizaki Kozo, presiden bagi pejabat International Student Center Universiti Nagaoka telah mewakili pihak universiti dan presiden dimana mengucapkan Syabas dan Maju jaya kepada semua ahli komiti yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan dengan jumlah kehadiran yang ramai menunjukkan semangat persahabatan yang jitu oleh semua bekas pelajar melambangkan keperihatinan bekas pelajar sesama rakan amat baik meskipun telah lama menamatkan pengajian dan sibuk dengan kerjaya masing-masing,
Alumni Madina,Malaysia di wakili oleh En. Arba’ain, telah menyatakan bahawa perjumpaan dan persatuan alumni Madina ini amat penting kerana ianya dapat menyambungkan hubungan antara bekas-bekas graduan, antara graduan dan pihak universiti serta membantu pelajar-pelajar yang masih belajar di Nagaoka universiti sekembalinya mereka ke tanahair setelah menamatkan pengajian kelak.

Hidup!!! MADINA

Semangat persahabatan dan hubungan sempai kohai antara setiap bekas pelajar harus di terapkan demi hubungan baik dan menjayakan lagi hasrat kerajaan dasar pandang ke timur. Mengikut data dari majalah Nagaoka student center bermula tahun 1995 sehingga 2003 seramai 349 orang pelajar telah melanjutkan dan menamatkan pengajian di Nagaoka universiti of Technology. Dengan jumlah yang agak ramai ini seharusnya kita mengambil iktibar dan bersatu dalam menjayakan sebarang aktiviti Alumni Madina di Malaysia. Pihak universiti berharap agar pihak komiti dan organisasi Alumni dapat memperkemaskan lagi jumlah keahlian dan mencari alamat perhubungan sesama bekas pelajar. Mereka juga mencadangkan agar dapat menyediakan halaman web site bagi memudahkan sesama ahli berhubung dan bertukar buah fikiran. nukilan : alumniMadina08

Tiada ulasan: